Friday, October 23, 2009

Hari ni muhammad fahim merengek jer


Pagi ni muhammad fahim merengek jer, tak nak tidor kat bawah, asyik nak tdor kat pangku mama or daddy dia jer, pastu bila dah tertidor letak atas tilam tak sampai 5 minit terjaga balik

Kenapa ntah, sbb sakit perut ke apa, tapi dah letak minyak telon, rasa td dah gosok belakang dia, then sendawa ngan kentut lagi (mcm daddy dia kentut,heheheeh)

apa pun mungkin dia tahu kot daddy dia nak tinggalkan dia seminggu, esk dah nak kn gi terengganu kerana ada majlis dkt sana, so muhammad fahim duduk elok2 ngan mama yer.

p/s : gambar di atas di ambil ketika muhammad fahim melakukan senaman, hohohoho

Wednesday, October 21, 2009

Selamat Datang ke Blog Anak kami


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Blog ini dihasilkan sempena kelahiran permata hati kami yang pertama pada 10 Oktober 2009 pada jam 1.21am di Hospital Segamat

Alhamdulillah semuanya selamat, isteri saya bersalin melalui pembedahan dan anak kami masa lahir seberat 4.1kg

Dan nama yang diberikan ialah Muhammad Fahim, maksudnya yang memahami dan jangan lupa untuk berkunjung ke blog ini lagi untuk mengetahui update yang terkini mengenai muhammad fahim iaitu putera hati kami.